fbpx

Sukuk Prihatin, Melabur Sambil Membantu Menjana Ekonomi

0 813

Kerajaan baru sahaja melancarkan Sukuk Prihatin sebagai salah satu langkah menjana kewangan bagi membantu usaha memulihkan ekonomi. Sukuk Prihatin ini dibuka kepada pelabur individu dan korporat.

 

Jika anda tidah tahu atau masih samar-samar tentang instrumen sukuk, anda boleh baca tulisan ini untuk mendapatkan pemahaman lanjut: Sekilas Pandang Mengenai Bon Dan Sukuk

 

Advertisement

Berapa keuntungan Sukuk Prihatin?

Sukuk Prihatin menawarkan keuntungan pada kadar 2% setahun, kalau pelabur labur RM10,000, pulangan tahunannya adalah RM200. Keuntungan ini akan dibayar setiap suku (4 kali setahun) bagi tempoh 2 tahun.

 

Tempoh matang sukuk ini adalah . Jumlah pelaburan minimum Sukuk Prihatin adalah RM500 sahaja.

 

Ke Mana Dana Sukuk Prihatin Dibelanjakan?

Sukuk Prihatin akan dibelanjakan bagi pelan penjanaan ekonomi pasca Covid-19 yang meliputi:

  1. Perbelanjaan kesihatan berkaitan Covid-19
  2. Pinjaman/Geran kepada usahawan mikro
  3. Menambah baik penyambungan internet ke sekolah pedalaman

 

Cara Melabur Dalam Sukuk Prihatin

Pelaburan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu melalui JomPay dan DuitNow seperti yang tertera di bawah.

 

Pengecualian & Penolakan Cukai

Antara kelebihan melabur dalam Sukuk Prihatin adalah pengecualian cukai. Cukai tidak dikenakan ke atas keuntungan. Manakala bagi mereka yang ingin mengenepikan (waive) sebahagian atau semua jumlah pokok pelaburan, jumlah ini boleh digunakan bagi tujuan penolakan cukai.

 

Jumlah pokok pelaburan yang diketepikan ini akan dimasukkan ke dalam akaun amanah kerajaan. Atau dalam bahasa mudahnya, anda menderma kepada kerajaan.

 

Contohnya, Kasim melabur RM10,000, dia ingin mengenepikan RM3,000, maka RM3,000 ini boleh digunakan untuk tujuan penolakan cukai. Kasim akan dapat RM7,000 sahaja jumlah pokok selepas Sukuk Prihatin matang, baki RM3,000 tadi dimasukkan ke dalam akaun amanah (derma).

 

Berbaloikah pulangan 2%?

Jika dibandingkan dengan kadar pulangan deposit tetap yang ditawarkan oleh bank pada masa sekarang, kadar pulangan Sukuk Prihatin ini adalah kompetitif.

Contoh kadar pulangan deposit tetap di Maybank

Kadar pulangan yang rendah ini disebabkan oleh keadaaan semasa di mana kadar OPR berada pada paras rendah iaitu 1.75% selepas dipotong sebanyak 4 kali pada tahun ini. Situasi kadar bunga yang rendah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia.

Kadar OPR Malaysia

 

Adakah anda patut melabur dalam Sukuk Prihatin?

Jika anda masih belum memaksimakan lagi pelaburan dalam ABS dan ASB2, lebih baik anda fokus untuk memaksimakan kedua dana ini dulu.

 

Tetapi jika anda ingin mendapatkan manfaat penolakan cukai, maka boleh la labur di Sukuk Prihatin, sambil melabur boleh juga anda membantu kerajaan menjana semula ekonomi.

 

Jika berminat, anda boleh la membaca dokumen rasmi Sukuk Prihatin di sini.

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.