fbpx

Surat Elon Musk Kepada Pekerjanya

0 859

1. Elakkan mesyuarat besar

Selalu bermesyuarat adalah masalah bagi syarikat besar dan selalunya tiada apa-apa penyelesaian yang diperolehi walaupun masa telah diperuntukan berjam lamanya. Jangan bermesyuarat kecuali kesemua orang yakin bahawa perjumpaan tersebut memberikan nilai kepada syarikat.

 

Advertisement

2. Kurangkan kekerapan mesyuarat biasa

Usah terlalu kerap lakukan mesyuarat ataupun perjumpa jika tiada apa-apa isu berbangkit dan mendesak. Kekerapan bermesyuarat juga boleh dikurang jika kesemua isu dapat diselesaikan dengan baik.

 

3. Tinggalkan mesyuarat jika anda tidak menyumbang

Hentikan ataupun tinggalkan sahaja mesyuarat jika anda adalah tidak lagi ada nilai kerana ianya akan mengganggu orang lain. Tidak salah untuk anda tinggalkan mesyuarat malahan yang salah adalah jika anda membuang masa dalam perjumpaan itu.

4. Usah gunakan perkataan bombastik

Jangan gunakan perkataan ataupun kata-kata yang kurang difahami ketika bekerja di Tesla. Senang cerita, jangan gunakan apa-apa sahaja perkataan yang boleh menghalang komunikasi. Kami tidak mahu anda menghafal bermacam jenis kamus hanya untuk bekerja di Tesla.

 

5. Berinteraksi tanpa mengira pangkat

Berinteraksi adalah jalan paling mudah dalam proses menyelesaikan tugas bukan sekadar berfungsi mengikut perintah sahaja. Kesemua pengurus yang mahu berinteraksi secara langsung pasti akan terus dapatkan pekerja di seksyen lain.

 

Masalah utama dalam interaksi yang lemah dalam bekerja adalah berbezaan seksyen dan pangkat. Cara paling mudah adalah membenarkan kesemua maklumat diakses tanpa mengira status. Senang cerita kalau mahu masalah diselesai dengan cepat, pekerja di semua seksyen perlu berinteraksi secara terus tanpa perlu melakukan mesyuarat.

 

6. Ikut logik dan bukan ikut peraturan

Secara umumnya, akal fikiran menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, jika peraturan syarikat tidak masuk dek akal dalam beberapa situasi tertentu, maka ianya layak diubah.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.