fbpx

Taman Tema Pejabat Alternatif Firma-Firma Jepun

0 94

Isu pandemik Covid-19 memaksa semua pengusaha perniagaan dari sektor penerbangan hingga hiburan beradaptasi dengan norma dan cabaran baru.

Jika enggan berbuat demikian, maka satu-satunya pilihan ialah melihat perniagaan yang diusahakan gulung tikar. Bagi pengusaha taman tema Jepun, mereka mendapat satu peluang perniagaan baru iaitu pejabat jarak jauh untuk pekerja!

Advertisement

Pada Oktober lepas, salah satu taman tema terkenal Jepun iaitu Yomiuriland melancarkan pakej stesen kerja taman tema kepada syarikat-syarikat di mana pekerja mereka perlu bekerja dari rumah.

Sebagai alternatif kepada pekerja yang tidak mahu bekerja di rumah, pakej ini membolehkan pekerja bekerja di taman tema berkenaan termasuk pondok kerja bersebelahan kolam dan menaiki Roda Ferris dengan penyambung Wi-Fi mudah alih.

Bagi salah seorang pelanggan Tatsuki Yamamoto, 47, pakej ini merupakan satu rancangan yang baik. Presiden firma penyelesaian IT FLEQ itu menambah, “Saya suka bekerja di luar. Ini merupakan rancangan yang baik dan menyeronokkan.” Seperti dia, ramai pekerjanya juga bekerja dari rumah.

Ketika ini, satu pertiga daripada firma-firma Jepun mula menimbang semula kegunaan pejabat mereka dengan 65% daripadanya menggalakkan atau membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

Trend ini bukan saja berlaku di Negara Matahari Terbit itu tetapi di seluruh dunia berikutan kebanyakan negara mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Berikutan perlaksanaan PKP di Jepun, taman-taman tema Jepun turut terkesan berikutan kemerosotan bilangan pengunjung.

Justeru, sesetengah pengurusan taman tema mula mencari kaedah kreatif menjana semula pendapatan.

Bacaan berkaitan: Shinkansen Kosong, Petunjuk Cabaran Ekonomi Jepun

Bacaan berkaitan: Jepun Tampung Kos IVF Untuk Bendung Krisis Demografi

Di Yomiuriland, pelanggan yang mengambil pakej ini akan membayar pas sehari ¥1,900 (RM74.90) seorang pada hari biasa dan ¥2,000 (RM78.85) pada hujung minggu dan cuti.

Ianya termasuklah ruang kerja sewa bersebelahan kawasan kolam, menaiki Roda Ferris dan bermain golf secara percuma selepas waktu bekerja di lapangan yang disediakan taman tema berkenaan.

Setakat cerita ini ditulis, 10 orang pelanggan termasuk Yamamoto menggunakan Yomiuriland sebagai pejabat alternatif mereka.

Tatkala menikmati pemandangan mengasyikkan dari kabin Roda Ferrisnya, Yamamoto mula mengadakan panggilan persidangan secara dalam talian dan perlahan-lahan menunjukkan pemandangan yang dilihatnya kepada rakan-rakan sekerja menerusi kamera dari komputer ribanya.

Namun begitu, Yamamoto merasakan agak sukar untuk fokus kepada kerja. Dia menambah, “Saya tidak tahu sama ada mahu menikmati pemandangan indah dari sini atau mahu bekerja.”

Source Reuters. (2020). Japanese theme park offering ‘amusement workation’ for remote workers. New York Post.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.