fbpx

Taufan-Taufan Korea Cetus Kekurangan Kimchi

0 35

Siri taufan yang melanda Korea Selatan pada musim panas lepas memberi kesan bukan saja dari segi kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Malah, ia mengundang masalah baru dalam bentuk kekurangan makanan tradisi mereka iaitu kimchi!

 

Ianya berikutan kobis yang menjadi ramuan utama penghasilan kimchi tidak banyak diperoleh akibat faktor cuaca ekstrem.

 

Advertisement

Disebabkan siri taufan yang melanda negara itu, banyak tanaman kobis rosak dan membawa kepada peningkatan harga lebih 60%. Hal ini membuatkan ramai gusar seperti ibu kepada dua anak, Jung Mi-ae.

Sudah menjadi tradisi kepada Mi-ae dan warga Korea lain membeli kobis dan sayur-sayuran lain dalam jumlah besar untuk menghasilkan kimchi pada tahun hadapan.

 

Apa yang dilakukan mereka dipanggil gimjang dan tradisi ini beralih dari satu generasi ke satu generasi lain selama berabad lamanya.

 

Mi-ae berkata, “Harga kobis sudah tidak masuk akal. Saya terpaksa menggosok mata saya sekali lagi kerana ia tidak masuk akal.”

 

Namun akibat musim hujan yang paling lama direkodkan dan siri taufan yang melanda Korea Selatan, ia menjejaskan tanaman dan rantaian bekalan dengan harga makanan segar naik sebanyak 22%.

 

Mengikut data Korea Statistics, kenaikan tersebut merupakan yang paling tinggi disaksikan sejak awal tahun 2011.

 

Kekurangan kobis di pasaran memaksa sesetengah pemain industri peruncitan menggantung jualan kobis mereka seperti Daesang Corp.

 

Manakala CJ CheilJedang Corp pula sedang mencari sumber alternatif bagi memenuhi permintaan tinggi memandangkan ramai orang makan di rumah disebabkan pandemik Covid-19.

 

Felo penyelidik Institut Ekonomi Luar Bandar Korea, Kim Dajung berkata,”Kobis amat sensitif dengan perubahan iklim dan cuaca ekstrem boleh menjejaskan pengeluaran hasilnya.

 

Walaupun harga mula stabil, ketidaktentuan harga dijangka berterusan sehinggalah musim gimjang yang bermula pada pertengahan November ini.”

 

Isu kekurangan kobis dijangka dapat diatasi berikutan keadaan cuaca yang lebih baik sekaligus mengurangkan peningkatan harga sayur berkenaan.

 

Bagi penduduk Korea, ia satu berita baik lagi-lagi selepas melihat peti sejuk kimchi mereka mula kosong. Peti sejuk ini membantu kimchi disimpan mengikut suhu yang sesuai.

 

Bagi suri rumah Lee Neung-hwa, 64, gimjang harus diteruskan. Namun dengan harga sebegini rupa di pasaran, dia tidak memasak stew kimchi dengan kerap seperti sebelum ini.

Source Heesu, Lee. (2020). A kimchi disaster is brewing after cabbage fields crippled across South Korea. Bloomberg.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.