fbpx

Telefon Pintar & Potensi Ekonomi Digital

0 99

Telefon Pintar (Smartphone) adalah peranti mudah alih (mobile devices) generasi baharu, yang mula memasuki pasaran dunia pada tahun 2007 bagi menggantikan segmen terdahulu.

 

Jika kita meneliti sejarah berkaitan telefon, terma ‘smartphone’ sebenarnya sudah digunapakai sejak tahun 1995 lagi setelah smartphone pertama di dunia rekaan IBM terhasil pada tahun 1992. Smartphone tersebut turut dikenali sebagai ‘Simon Personal Communicator’ (SPC).

Advertisement

telefon pintar pertama
Telefon pintar pertama dunia, Simon Personal Communicator. Kredit: Business Insider

Memasuki tahun 2020, smartphone tidak lagi dilihat sebagai barangan yang bersifat ‘optional’, memandangkan 3.5 Bilion orang atau 44.9% daripada keseluruhan populasi masyarakat dunia (7.8 Bilion) bakal memiliki smartphone menjelang penghujung tahun 2020.

 

Sepertimana yang kita ketahui, teknologi smartphone generasi terkini (4G dan 5G) adalah nadi kepada perubahan ‘orde’ ekonomi dunia yang sedang menuju ke arah pendigitalan sektor ekonomi atau lebih dikenali sebagai ekonomi digital atau masyarakat nir tunai (cahsless society).

 

Hal ini dikatakan demikian kerana, sebuah smartphone bersaiz segenggam tangan manusia dengan purata berat sekitar 200 gram, mampu memuatkan segenap lapisan teknologi digital persis sebuah komputer.

 

Bercakap perihal ‘cashless society’, jumlah keseluruhan transaksi dalam segmen e-dagang pada tahun 2020 di 10 buah negara ekonomi terbesar dunia adalah sebanyak $1.412 Trilion menurut portal Business.com.

 

China merekodkan saiz pasaran e-dagang terbesar, iaitu $672 Bilion diikuti AS ($370 Bilion), UK ($99 Bilion), Jepun ($79 Bilion), dan Jerman ($73 Bilion). Pada masa yang sama, saiz e-dagang Malaysia berjumlah $4.3 Bilion.

 

Pada tahun 2019, kira-kira 1.92 Bilion orang terlibat dengan transaksi e-commerce di seluruh dunia. Sekali gus, menjadikan saiz pasaran sektor e-dagang berjumlah $3.5 Trilion USD seperti yang dilaporkan oleh statista.com.

 

Menurut United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), ekonomi digital terdiri daripada rantaian komponen berkaitan teknologi yang berkait rapat antara satu sama lain.

 

Yang mana, segmen e-Bisnes, e-Dagang, industri 4.0, ekonomi gig, telekomunikasi, servis digital, ‘hardware’, ‘software’ & teknologi maklumat, internet, termasuk ‘world web view’ (WWW), perlu digerakkan secara bersama. Ataupun dalam bahasa mudah, segala aktiviti ekonomi boleh dilakukan secara atas talian.

 

Seiring dengan perkembangan arus pemodenan dunia, kebangkitan ekonomi digital akan menambah ‘demand’ ke atas sektor teknologi bagi memenuhi keperluan semasa.

 

Berdasarkan petunjuk ekonomi semasa selepas berlakunya ‘outbreak’ Covid-19, majoriti syarikat multinasional berasaskan sektor teknologi meraih keuntungan berlipat kali ganda berbanding sektor-sektor perniagaan yang lain. Baca: Bagaimana Covid-19 Mempercepatkan Tranformasi Ke Arah Digital

 

Keuntungan tersebut telah disumbangkan oleh perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kuarantin kendiri termasuk darurat oleh kebanyakan negara di dunia bagi melawan Covid-19.

 

Setelah pergerakan manusia menjadi terhad, semestinya mereka akan menggunakan peranti teknologi dengan kadar yang lebih banyak. Dengan itu, statistik penggunaan telah meningkat secara drastik khususnya dalam penggunaan internet dan media sosial.

 

Menurut kajian DataReportal, setakat bulan April 2019, jumlah pengguna internet mencecah sehingga 4.57 Bilion orang di seluruh dunia. Dalam pada itu, 3.81 Bilion orang pengguna internet turut menggunakan platform media sosial secara aktif.

 

Maka tidak hairanlah majoriti syarikat ‘Tech Giants’ terkemuka dunia, seperti Amazon mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan (revenue) sehingga 35% atau $260.5 Bilion USD setakat bulan September 2020 berbanding $193.1 Bilion dalam tempoh yang sama pada 2019.

 

Selain itu, syarikat Apple turut meraih pertumbuhan pendapatan yang signifikan tinggi sehingga mencecah 4% ($182.7 Bilion), diikuti Google Alphabet ($125.6 Bilion), Microsoft ($110.2 Bilion) dan Facebook ($57.9 Bilion).

Bacaan berkaitan: Apa Yang Menarik Sangat Tentang Apple?

Bacaan berkaitan: Amazon, Daripada Penjual Buku Kepada Sebuah Empayar

Persamaan antara ke semua Tech Giants itu adalah, mereka menjadikan teknologi smartphone sebagai sumber ‘income generator’ utama mereka.

 

Masakan tidak, 98% pengguna akaun Facebook ‘online’ melalui aplikasi smartphone. Manakala, lebih kurang 40% pelanggan Amazon ‘order’ barang melalui aplikasi yang di ‘install’ dalam smartphone (2017).

 

Menurut data dari Digital Economy Report 2019 terbitan PBB, Syarikat Google menguasai 90% pasaran carian Internet (internet searches) di seluruh dunia. Di samping itu, Facebook menguasai 2 per 3 platform media sosial yang merangkumi 90% buah negara (kecuali China) dan Amazon menguasai 40% aktiviti penjualan atas talian dunia (online retails).

 

Data ini jelas memperlihatkan kebangkitan sektor teknologi bergerak pantas. Pada tahun 2019, nilai keseluruhan pasaran industri smartphone di peringkat global adalah berjumlah $714.96 Bilion USD menurut data dari mordorinteligence.com.

 

Dengan statistik kepenggunaan yang semakin meningkat, para penganalisis teknologi turut meramalkan saiz pasaran industri ini akan terus meningkat kepada $1.351 Trilion USD menjelang tahun 2025.

 

Sebagai info, sebanyak 1.524 Bilion unit smartphone telah dijual di seluruh dunia pada tahun 2019. Angka jualan melebihi 1 Bilion unit ini sudah menjadi ‘new norm’ bagi industri smartphone sejak beberapa tahun yang lalu, antaranya tahun 2018 (1.556 Bilion), 2017 (1.536 Bilion) dan 2016 (1.495 Bilion).

 

Berdasarkan statistik jualan, lebih 1 per 5 daripada keseluruhan pasaran industri smartphone global pada tahun 2019 telah dikuasai oleh syarikat terkemuka Korea Selatan, iaitu Samsung dengan rekod jualan sebanyak 298.1 juta unit atau 21.8%.

 

Manakala, syarikat gergasi teknologi China, Huawei pula memiliki saiz pasaran kedua terbesar dengan rekod 17.6% setelah mereka menjual 240.6 juta unit ke seluruh dunia. Diikuti syarikat Apple 14.5% (198.1 juta), Xiaomi 9.2% (125.5 juta), Oppo 8.8% (120.2 juta) dan baki 28.1% dikongsi oleh beberapa jenama lain.

 

Dalam konteks Malaysia, jenama Apple menguasai saiz pasaran tempatan dengan kapasiti jualan sehingga mencecah 22.59% dalam bulan Oktober 2019 hingga Oktober 2020.

 

Huawei berada di kedudukan ke-2 dengan saiz pasaran tempatan sebanyak 20.68% diikuti Samsung (18.4%), Oppo (14.1%) dan Mobicel (7.77%) menurut data terbitan gsstatcounter.com.

 

Dengan ‘trend’ kepenggunaan smartphone yang amat tinggi, saiz pasaran ekonomi digital Malaysia berjaya dipertingkatkan sehingga mencecah nilaian RM270 Bilion ($65.4 Bilion USD) atau 18% daripada keseluruhan KDNK setakat bulan Julai 2020 menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

 

Di peringkat ASEAN pula, setakat bulan Julai 2019, saiz ‘internet penetration’ berada pada sekitar 63% atau seramai 416 juta pengguna internet dalam kalangan rakyat 10 buah negara ASEAN menurut data dari datareportal.com.

 

Daripada jumlah itu, Indonesia memiliki jumlah pengguna internet tertinggi dengan rekod melebihi 150 juta orang. Diikuti Filipina (76 juta), Vietnam (64 juta), Thailand (57 juta) dan juga Malaysia (25.28 juta) menurut portal aseanup.com.

 

Dengan adanya saiz ‘mobile penetration’ berjumlah 853 juta atau 129% berbanding populasi ASEAN (652 juta), saiz pasaran ekonomi digital ASEAN dijangka berkembang sehingga $240 Bilion USD menjelang tahun 2025 seperti yang dilaporkan oleh aecconnect.com.

 

Semestinya teknologi smartphone yang bakal merancakkan sektor ekonomi digital ini ada pro dan kontranya. Walaubagaimanapun, kita tak akan bergerak maju ke hadapan jika kita terlalu ‘fobia’ kepada kontra.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.