fbpx

Terbitan Bonus & Pecahan Saham Bukanlah Saham Percuma

0 314

Memang pada kebiasaanya apabila ada pengumuman saham bonus atau pecahan saham (stock split), biasanya para pelabur dan spekulator akan bersorak dan berlumba-lumba untuk membelinya.

 

Sebab kebanyakkan daripada mereka berpendapat bahawa mereka akan dapat saham percuma. Persoalannya benarkah tanggapan ini?

 

Advertisement

Secara teknikalnya apabila berlakunya terbitan bonus (bonus issuance), ianya adalah sekadar ‘accounting entry’ di mana syarikat akan memindahkan saham-saham tambahan tadi daripada rizab (retained earnings) kepada akaun modal (capital account) yang tidak mengubah apa-apa kepada status kewangan syarikat tersebut.

 

Dan pada kebiasanya di dalam pasaran saham, ‘nilai’ saham tersebut akan kembali kepada komposisi asal yakni kepada nisbah saham yang akan diterbitkan melalui terbitan bonus tadi.

 

Pening bukan nak faham?

 

Begini, kalau bahasa mudah fahamnya, cuba bayangkan anda ada sebiji pizza. Kalau disuruh anda makan sebiji masuk mulut sekaligus susah bukan untuk ada makan? Tetapi jika ianya dipotong kepada potongan kecil, maka ianya akan jadi lebih mudah untuk masuk mulut anda untuk di makan. Tetapi pada akhirnya anda masih kekal makan sebiji pizza.

 

Begitulah ‘nilai’nya saham anda yang tidak berubah sebelum dan selepas terbitan bonus atau pecahan saham. Oh cuma satu yang harus anda tahu, berbeza dengan pecahan saham, nilai muka (face value) saham bonus masih kekal sama berbanding pecahan saham, namun kekal keduanya tidak memberi sebarang impak kepada fundamental sesebuah syarikat.

 

Apatah lagi dapat saham percuma. Kerana pada akhirnya anda masih dapat 1 biji pizza yang dipotong dua atau dipotong kecil.

 

Ianya bukan beli 1 percuma 1 seperti beli pizza domino yang anda sedang bayangkan.

 

Terbitan bonus ini merupakan salah satu daripada corporate exercise, anda boleh baca lebih lanjut tentang perkara ini di sini: 5 Corporate Exercise Yang Beri Kesan Pada Harga Saham

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.