
TikTok: Bagaimana Aplikasi Joget Ini Menguasai Dunia?
Apabila sebut sahaja TikTok pasti ada diantara kita terasa jijik tatkala mendengar namanya. Mungkin semua ini berpunca daripada permulaan TikTok diperkenalkan di Malaysia. Pada awal kemunculan TikTok, aplikasi ini banyak memaparkan video gelek dan tersembul buah dada. Lantaran daripada itu, TikTok dianggap sebagai salah satu aplikasi yang bakal merosakkan pemikiran dan potensi anak muda.
Walau bagaimanapun di China ketika itu, TikTok telah berkembang menjadi satu platform untuk menjual produk secara dalam talian. Manakala di Amerika Syarikat TikTok menjadi satu tempat untuk para intelektual berkongsi informasi berguna secara lebih meluas.
Advertisement
Tidak lama selepas itu di Malaysia juga kita telah menjadikan TikTok sebagai platform perniagaan dan berkongsi ilmu. Hal ini terus menepis persepsi bahawasanya TikTok terdapat begitu banyak video gelek dan tersembul buat dada. Buat pengetahuan semua, TikTok hari ini adalah aplikasi paling popular di dunia mengatasi Facebook dan Twitter. Persoalannya sekarang bagaimana TikTok bermula?
Semuanya bermula pada tahun 2014 apabila aplikasi Musical.ly telah dilancarkan di Shanghai. Boleh dikatakan Musical.ly adalah aplikasi pertama yang memuatkan video berdurasi pendek dengan muzik catchy. Aplikasi ini tidak tunggu lama untuk popular dan mula mendapat sambutan penduduk dunia di awal kemunculannya.
Namun begitu pada tahun 2018, secara tiba-tiba aplikasi ini telah lenyap daripada muka bumi. Kenapa boleh jadi macam gitu pula?
Dua tahun selepas kemunculan Musical.ly, sebuah syarikat dari China iaitu ByteDance telah melancarkan aplikasi serupa yang diberi nama Douyin. Dalam masa yang singkat sahaja, Douyin berjaya mendapatkan lebih kurang 100 juta pengguna di China dan Thailand.
Ketika itulah Musical.ly dan Douyin bersaing sesama sendiri untuk menguasai pasaran. Sebenarnya persaingan ini dikatakan berkait rapat dengan perang dingin US-China. Hal ini demikian kerana Musical.ly memiliki hubungan yang cukup rapat dengan syarikat daripada Amerika Syarikat. Manakala Douyin pula milik mutlak negara China.
ByteDance tahu jika tidak dibendung persaingan ini, salah satu daripada Musical.ly dan Douyin akan gugur. Jadi apa yang ByteDance buat adalah dengan membeli Musical.ly untuk digabungkan dengan Douyin bagi mendominasi pasaran.
Hal ini menjadi kenyataan dengan pembeli Musical.ly dan digabungkan bersama Douyin lantas menjadi satu-satunya aplikasi seumpama itu dengan nama TikTok. Bermula dari situ, TikTok terus menakluk dunia dengan India menjadi negara paling banyak memuatnaik aplikasi tersebut.
TikTok semakin popular kerana aplikasi tersebut sangat mesra anak muda dan tidak sekonservatif facebook. Pasti ada semua pernah dengar komen berbentuk, “bang lukis boleh, penat nak baca”. Itulah TikTok tawarkan, visual berdurasi pendek yang catchy, simple dan senang difahami.
Walau bagaimanapun disebalik keagungan TikTok, aplikasi ini tidak terlepas daripada terkena perang dingin US-China. Pada tahun 2019, Amerika Syarikat menyatakan TikTok berkemungkinan besar telah mencuri data penggunanya tanpa keizinan. Malah Amerika Syarikat ketika di bawah pentadbiran Donald Trump sudah berkira untuk mengharamkan TikTok.
Jika tidak mahu diharamkan, operasi TikTok di Amerika Syarikat perlulah dimiliki oleh syarikat tempatan. Microsoft adalah antara syarikat yang dikatakan sanggup membeli TikTok cawangan US.
Bukan itu sahaja, India yang menjadi pengguna nombor 1 TikTok akhirnya bertindak mengharamkan aplikasi tersebut. Malah India juga turut menyekat puluhan lagi aplikasi daripada negara tembok besar itu. India bertindak sedemikian rupa kerana mereka menerima aduan kebocoran data yantg dilakukan oleh TikTok.
Walaupun pelbagai isu panas telah melanda TikTok, aplikasi itu masih lagi menduduki rangking pertama dunia. Jumlah muat turun turut meningkat kepada 2 bilion pada April tahun lepas. Para digital marketer juga telah menjadi TikTok sebagai tempat mereka buat duit melalui TikTok Ads. Senang cerita, TikTok hari ini telah berubah daripada tempat kaki gelek berpeleseran kepada tempat penghasilan content creator.
RUJUKAN:
Roberts, S. (2021, Mac 21). Top 10 most downloaded apps of 2021 so far. Cyberclick. Dipetik daripada https://www.cyberclick.net/numericalblogen/top-10-most-downloaded-apps-of-2020-so-far
Tidy, J. & Smith, S. (2020, Ogos 5). TikTok: The story of a social media giant. BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.com/news/technology-53640724