
Tip Urus Duit Berdagang, Tetap Untung Walaupun Rugi
Kalau anda mencari alternatif forex yang tidak syariah compliance tu disebabkan boleh buat untung ketika harga naik ataupun turun, FCPO adalah jawapannya.
Setiap pedagang pasti mempunyai sistem dagangan masing-masing. Ada yang guna Bollinger Band, ada yang guna Trendline dan macam-macam lagi.
Advertisement
Yang pastinya, tiada satu pun teknik yang holy grail, yang sentiasa untung. Hebat macam mana sekali pun, pasti akan ada rugi juga, cuma bezanya banyak atau sikit sahaja ruginya.
Setiap teknik atau sistem yang anda guna, pasti dah ada peraturan bila masa nak jual dan beli. Anda genggam erat-erat sistem anda ni, jangan campur aduk atau terpengaruh dengan signal orang lain.
Jika harga langgar stoploss, jual. Jika langgar target profit, jual.
Jangan sesekali tamak atau berharap.
Kalau anda berdisiplin seperti situasi diatas, ditambah dengan pengurusan modal anda yang betul, walaupun anda rugi 7 kali tapi untung 4 kali, anda tetap untung secara keseluruhannya.
Macam mana tu?
Baca perkongsian Tuan Wafi dibawah ni.
Jangan risikokan lebih dari 3% dari modal anda untuk setiap dagangan.
Sebagai contoh modal: RM10,000
3% = RM300
Jadi stop loss anda tidak boleh lebih dari RM300 dan menggunakan risk & reward ratio 1:2. Jadi jika stop loss anda RM300 anda perlu profit RM600.
Contoh risk & reward ratio 1:2 :
1 tick RM25
Stop loss anda 12 Tick = RM300
Take Profit anda 24 tick = RM600
Jika anda menggunakan konsep ini. Misalnya anda loss 7 kali beturut-turut, jadi berapa kalikah anda perlu profit?
Hanya 4 sahaja.
LOSS 7 KALI X RM300 = RM2100
WIN 4 KALI X RM600 = RM2400
PROFIT BERSIH = RM300
Jika sudah mahir, anda boleh besarkan risk reward ration 1:3 dan ke atas dengan sharp entry stop loss yang minimum.
Ingat! Trader yang tidak pernah loss, adalah trader yang penipu. Setiap perniagaan ada untung dan rugi. Jadi anggaplah berdagang FCPO ini sebagai perniagaan anda. Loss adalah pasti jadi anda perlu kecilkan risiko anda. Pastikan PROFIT anda mengatasi loss anda.
Untuk belajar lebih lanjut berkenaan FCPO, anda boleh KLIK SINI.