fbpx

Top 5 Jenama Coklat Paling Laris Di Dunia

0 908

Coklat merupakan satu komoditi yang senantiasa mendapat permintaan yang tinggi walaupun miliki harga sedikit mahal. Rasa manis dan berlemak sememangnya mampu mencairkan hati yang lara. Malah coklat juga sering dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada insan-insan istimewa.

Di Malaysia coklat berjenama Cadbury dan Kit Kat dikatakan sangat laris berikutan harga yang agak murah. Bagaimana pula jika diukur secara lebih global jenama coklat paling laris? Berikut adalah 5 jenama coklat paling laris di dunia.

Advertisement

1. Mars Wrigley Confectionery

Mars Wrigley Confectionery merupakan jenama coklat paling laris di dunia buat setakat ini apabila untuk tahun 2020, syarikat tersebut berjaya menjana keuntungan lebih US$18 bilion. Buat pengetahuan semua Mars Wrigley Confectionery merupakan pemilik kepada beberapa coklat terkenal seperti Mars, M&Ms dan Snickers. Jadi tidak pelik jika jenama Mars secara keseluruhannya mampu mendapatkan keuntungan yang sangat besar.

2. Ferrero Group

Syarikat yang ditubuhkan di Italy ini merupakan pemilik kepada coklat kayangan iaitu Ferrero Rosher. Produk utama mereka iaitu Ferrero Rosher adalah penyumbang utama kepada keuntungan $13 bilion pada tahun 2020. Bukan itu sahaja, Ferrero Group juga adalah pemilik kepada coklat kayangan yang lain iaitu Nuttela dan Kinder. Jangan terkejut kerana Ferrero Group berjaya menghasilkan hampir 365,000 tan Nuttela hampir setiap tahun.

3. Mondelēz International

Mungkin ramai tidak mengetahui Mondelēz International merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk berasaskan coklat. Namun kalau berbicara perihal Toblerone dan Cadbury, pasti semua orang sangat mengenalinya. Ya Mondelēz International merupakan pemilik kepada Toblerone dan Cadbury. Selain itu, syarikat ini mengeluarkan jenama biskut popular seperti Oreo. Buat pengetahuan semua, Mondelēz International yang beroperisi di 80 buah negara berjaya menjana lebih kurang $12 bilion setahun.

4. Meiji Co Ltd

Meiji Co Ltd merupakan sebuah syarikat yang agak kurang dikenali di Malaysia walaupun produk mereka telah lama memasuki pasaran. Nama Meiji mungkin anda tidak tahu tapi jika sebut Yan Yan dan Hello Panda, pasti anda semua mengenalinya. Kedua-dua jenama coklat ini telah terjual di lebih 40 buah negara seluruh dunia dan miliki peminat yang sangat kuat di Asia. Kalau anda ingat Yan Yan merupakan produk coklat daripada Meiji yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak sebahagian daripada kita. Setakat tahun lepas, Meiji Co Ltd berjaya menjana keuntungan sebanyak  $9.7 bilion dalam masa setahun.

5. Hershey Co

Hershey merupakan salah satu pemain terbesar industri coklat di Amerika Syarikat yang telah mengaut keuntungan $8 bilion pada tahun lalu. Di Malaysia, jenama Hershey lebih dikenali melalui chocolate syrup yang digunakan sebagai topping pelbagai produk seperti ais krim dan waffle. Uniknya Hershey ini adalah kerana mereka turut menjual produk minuman sendiri berbanding 4 syarikat diatas.

Jadi dalam 5 jenama coklat yang telah tersenarai itu, coklat manakah menjadi pilihan anda? Bagi saya, Yan Yan senantiasa menjadi pilihan kerana begitu banyak memori bersemadi bersamanya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.