fbpx

Turun Naik Matawang Kripto Shiba Inu

0 424

Aktiviti matawang kripto kadangkala memang tidak masuk akal. Dulu matawang kripto Dogecoin ditubuhkan sekadar untuk gurauan. Lama lama, Dogecoin bertambah serius sampai meningkat pula modal pasaran (market capitalization).

Siap Elon Musk tidak habis-habis cakap pasalnya. Tetapi setahun lalu, muncul matawang kripto Shiba Inu yang katanya “pembunuh Dogecoin”. Sekitar Oktober 2021, nilai matawang ini didapati melonjak.

Advertisement

Tetapi masuk November 2021, menjunam 30 peratus pula (Yue, 2021). Tiba-tiba Shiba Inu katanya capai nilai “all-time high”. Pening. Sekejap melangit. Sekejap tersembam. Apa cerita?

Apabila nilai suatu matawang sebegini rambang, orang risau tentang keselamatan. Bukan keselamatan apa pun – selamat atau tidak untuk labur dalam Shiba Inu? Jawapan mudah: kena faham disiplin pegang matawang kripto dulu.

Matawang Shiba Inu.

Sebenarnya, pasaran kripto berbeza dari segi penyimpanan wang. Ia tidak sama langsung untuk dibandingkan dengan emas. Kalau matawang kripto, orang simpan dalam tempoh beberapa bulan sahaja (Williams, 2021).

Litecoin: 97 hari

Bitcoin: 79 hari

Ethereum: 79 hari

Cardano: 68 hari

Dogecoin: 50 hari

XRP: 31 hari

Masalahnya, pemegang Shiba Inu simpan wang selama 10 hari sahaja, menunjukkan sama ada mereka tidak yakin pada kelangsungan jangka panjang ataupun mereka melabur atas dasar emosi semata-mata.

 Apa-apa pun alasan, Shiba Inu mendapat anugerah jangka pendek. Prospek ini tidak elok, kerana matawang perlu bertahan lama secara konsisten supaya dapat membina.

Pasaran Sangat Berdaya Saing

Shiba Inu mungkin boleh menubuhkan identiti jangka pendek… kalau matawang ini mampu berdaya saing dalam pasaran sangat kompetitif.

Demikian hari pasaran Cryptwerk menunjukkan yang matawang Shiba Inu hanya diterima sekitar 100 pedagang sahaja. 100 pedagang di seluruh dunia, seolah-olah matawang ini tiada kegunaan langsung (Williams, 2021).

Keadaan ini tidak bagus untuk Shiba Inu. Matawang yang tidak digunakan secara meluas boleh tumbang pada tangan matawang sedia ada. Tambah pula dalam pasaran, ada 13,000 matawang kripto sedang bersaingan antara satu sama lain.

Jadi sekarang ada satu benda pahit tentang Shiba Inu: matawang naik, orang cakap “Shiba ni takde value sebenar.” ; matawang junam, orang cakap “aku dah kata!”

Alih-alih Shiba Inu jadi macam gajah panjat pokok. Tiada siapa tahu macam mana gajah boleh panjat. Tetapi semua tahu gajah akan jatuh jua. Situasi sebegini sangat negatif untuk imej Shiba Inu. Selagi pemegang tidak simpan lebih lama… dan jumlah pedagang kekal sikit, Shiba Inu tetap ada masalah.

Siasat Sebelum Kena Siat

Jujurnya Shiba Inu boleh bertahan meskipun kurang diguna. Cuba tengok Dogecoin misalnya. Lapan tahun berusaha, baru 1,700 perniagaan seluruh dunia terima matawang ini.

Penanda disukai ramai.

Padahal di Amerika Syarikat sahaja, ada 32 juta perniagaan. 1,700 perniagaan satu dunia lawan 32 juta perniagaan di Amerika Syarikat. Jauh benar jurangnya. Tetapi Dogecoin elok saja didagangkan setiap hari.

Tetapi apabila pemegang melepaskan wang Shiba Inu dalam masa 10 hari, itu memang petanda buruk. Kalau betul Shiba Inu ada manfaat, takkan semua selamba jual lepas pegang 10 hari. Pelik, bukan?

Jadi tanpa nilai sebenar, tiada siapa benar-benar tahu apa yang mempengaruhi nilai akhir Shiba Inu. Seandainya spekulasi, memang nilainya takkan bertahan lama. Naiklah tinggi mana pun, tetap akan jatuh juga.

Jadi pengguna jika ingin melabur dalam Shiba Inu, pastikan faham dulu aktiviti matawang ini. Kalau junam dan tidak naik balik, alamat rugilah.

RUJUKAN:

Williams, S. (2021, November 3). The 1 Number That Proves Shiba Inu Is In Trouble. The Motley Fool

Williams, S. (Oktober 18). 3 Reasons the Shiba Inu Bubble Could Burst Any Day. The Motley Fool.

Yue, F. (2021, November 4). A major crypto exchange’s CEO is set on holding Shiba Inu crypto long term despite its recent tumble. Here’s why. Market Watch.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.