fbpx

UOB Malaysia Mengesahkan Satu Kes COVID-19 di Menara UOB

Kakitangan tersebut bukan petugas yang terlibat dengan perkhidmatan pelanggan

0 150

KUALA LUMPUR, 1 November 2020 – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan semalam bahawa seorang kakitangan yang tidak berhadapan dengan pelanggan di Menara UOB, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur telah disahkan positif COVID-19. Kakitangan tersebut kini berada di bawah rawatan perubatan dan kami kini membantu beliau serta keluarga dengan semua sokongan yang mereka mungkin perlukan dalam pemulihan beliau.

Kali terakhir kakitangan kami berada di pejabat beliau di Menara UOB adalah pada 21 Oktober 2020, dan telah bekerja dari rumah selepas itu. Beliau telah mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik tempatan setelah menunjukkan gejala seperti selesema sebelum diuji positif untuk virus tersebut.

Advertisement

Sebagai sebahagian daripada proses pengesanan kontak, kami telah menghubungi semua pihak yang telah berhubung rapat dengan kakitangan tersebut. Mereka akan menjalankan ujian untuk virus tersebut dan telah diminta untuk menjalani kuarantin diri sambil memantau kesihatan mereka dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan untuk langkah-langkah susulan tambahan yang mungkin diperlukan.

Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan, kakitangan dan masyarakat bahawa kerja-kerja pembersihan yang menyeluruh sedang dijalankan di semua tingkat dan kawasan umum yang terlibat di Menara UOB selaras dengan garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

Pemeriksaan suhu badan kekal dijalankan di semua bangunan dan cawangan pejabat kami. Di samping itu, cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) disediakan di semua cawangan dan semua tingkat di bangunan kami. Kami juga kerap melakukan pembersihan dan nyahkuman di semua premis kami sejak bermulanya penularan wabak COVID-19. Semua kakitangan kami yang berhadapan dengan pelanggan memakai pelitup separuh muka dan mematuhi prosedur operasi standard yang
ketat sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.

Kami juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kejadian ini tidak mengganggu perkhidmatan yang kami sediakan memandangkan bahawa Bank telah melaksanakan pelan kesinambungan perniagaan yang mantap.

Selain itu, sembilan cawangan UOB Malaysia, yang ditutup sementara dari 21 Oktober 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang disasarkan, akan beroperasi semula pada 2 November 2020 dengan waktu operasi yang lebih pendek. Cawangan tersebut adalah:

Semua cawangan ini akan dibuka dari jam 9.3 pagi hingga 2 petang, Isnin hingga Jumaat, manakala kemudahan perbankan layan diri1 akan disediakan dari jam 6 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Kami akan terus melakukan segala usaha untuk membantu melindungi  kesejahteraan kakitangan, pelanggan dan masyarakat dalam keadaan yang mencabar ini. Untuk maklumat lanjut, pelanggan UOB Malaysia boleh layari laman web Bank di
https://www.uob.com.my.

You might also like