fbpx

Vaksin Oxford-Astrazeneca Membuka Pintu Kepada Vaksin Kanser

0 1,906

Teknologi di sebalik vaksin Covid-19 buatan Oxford-AstraZeneca dijangka akan menjadi asas untuk melawan kanser. Para saintis percaya ia boleh digunakan untuk mencetuskan sistem imuniti badan untuk melawan tumor menerusi eksperimen awal terhadap tikus.

Dan sekarang, ujian klinikal membabitkan 80 pesakit kanser paru-paru di mana ia digabungkan dengan imunoterapi bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Vaksin Oxford-AstraZeneca menjadikan virus cimpanzi sebagai asas untuk menghantar kod genetik diperlukan untuk protein pada virus.

Advertisement

Matlamatnya ialah melatih sel-sel badan menghasilkan protein, melatih sistem imuniti badan untuk mengenalpasti dan melawan virus. Saintis percaya teknologi sama boleh digunakan untuk menghasilkan dua protein yang biasa dilihat pada tumor kanser. Dari situ, ia boleh menghantar maklumat kepada sel-sel da.ra.h putih untuk membu.nu,h sel-sel kanser.

Bagi Profesor Adrian Hill dari Institut Jenner, Universiti Oxford, platform vaksin ini merupakan sesuatu yang bersifat radikal dan mampu menambahbaik rejim rawatan pesakit kanser. Eksperimen vaksin kanser ke atas tikus di Institut Penyelidikan Kanser Ludwig mendapati tumor pada tikus-tikus yang diuji berkurangan sebanyak 82% selepas 36 hari.

Vaksin sama digunakan untuk 23 orang pesakit kanser prostat dan digabungkan dengan imunoterapi. Ujian ini bukan saja menunjukkan rawatan tersebut selamat untuk pesakit. Malah, ia mengurangkan tahap protein dalam sel kanser prostat sebanyak 25%.

Vaksin baru yang sedang diuji mensasarkan protein pelbagai jenis kanser dari kanser payu dara hingga melanoma. Vaksin ini berupaya meningkatkan keberkesanan rawatan imunoterapi anti-PD-1 sekaligus menambah kekuatan sel T CD8+ untuk mence.ro.boh dan memu.sn.ahkan sel kanser.

Begitupun, rawatan imunoterapi tidak sesuai digunakan untuk sesetengah pesakit. Ini kerana tidak semua pesakit mempunyai sel T penting diperlukan untuk melawan sel kanser pada tumor. Dengan suntikan vaksin ini, ia dapat meningkatkan bilangan sel T diperlukan selepas diberitahu oleh protein-protein dalam badan.

RUJUKAN:

Allen, Victoria. (2021). Technology in Oxford Covid jab could revolutionise the fight against cancer, scientists say. Daily Mail.

Sumber gambar: Luca Zennaro/EPA-EFE/Shutterstock

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.