fbpx

VISA Inc.: Saham Yang Patut Diteliti Oleh Pelabur

0 225
Kalau bercakap pasal Visa, ramai yang ingat Visa adalah syarikat yang berkaitan dengan perbankan. Bila sebut Visa atau Mastercard pasti terlintas dalam fikiran kita merujuk kepada Kad Kredit atau Kad Debit. Lantas secara automatik kita katakan syarikat ini adalah sebuah “bank”.

 

Sebenarnya, Visa Inc atau Mastercard adalah syarikat yang disenaraikan NYSE dalam sektor teknologi, bukan di bawah Sektor Perkhidmatan Kewangan (Financial Services) seperti Bank of America, JP Morgan ataupun syarikat kewangan lain.

 

Advertisement

Sebelum pergi lebih jauh, apakah perniagaan Visa Inc sebenarnya? Visa adalah medium pengantara pengguna dan peniaga dengan Bank dan kerajaan di 200 negara dan sawasan sebagai enabler penggunaan transaksi tanpa tunai, matawang digital berbanding tunai atau cek.

 

Visa atau Master memberi infrastruktur kepada peniaga dan pengguna untuk penggunaan kredit dari perkhidmatan bank. Contoh kalau di Malaysia, merujuk, kepada Maybank, CIMB, Hong Leong, Ambank, BIMB dan lain-lain.

 

Semua pembayaran penggunaan kredit haruslah dibayar kepada Bank dan bukannya kepada Visa atau Mastercard kerana mereka bukan penyedia kredit yang berlesen. Kalau pengguna terlewat bayar yang menyebabkan dikena penalti caj atau faedah, ia dikenakan oleh bank seperti yang termaktub dalam penyata bulanan. Yang ini ramai yang keliru kerana ramai yang ingat Visa adalah bank.

 

Persoalan seterusnya, adakah Visa inc yang disenaraikan di New York Stock Exchange adalah saham patuh shariah atau tidak? Jawapannya: Visa adalah saham patuh shariah.

 

Visa disenaraikan S&P 500 Shariah index. Malahan MyETF Dow Jones US Titans 50 (patuh shariah) yang disenaraikan di Bursa yang melabur dalam Saham Visa Inc.

 

Kenapa Visa Inc menjadi pilihan pelabur? Kalau kita lihat, syarikat pengurus dana yang besar banyak melabur dalam saham Visa seperti Vanguard, Blackrock, Fisher, ETF dsb. Malahan Warren Buffett melalui syarikat pelaburannya (Berkshire Hathaway) turut memiliki 10 juta saham Visa (Berkshire juga turut memiliki Mastercard Inc).

 

Visa memberi pulangan secara kompaun tahunan 29% (CAGR) kepada pelabur. Setakat ini, transaksi pembayaran menggunakan visa adalah sebanyak 180 billion dengan 3.4 billion kad visa yang dikeluarkan.

 

Era digital, fintech, cashless; Visa atau Mastercard akan menjadi pilihan pengguna, peniaga, bank pengeluar. Kerana Visa adalah antara perintis dalam sektor ini, agak susah pemain baru untuk menerokai pasaran ini.

 

Terlalu banyak ruang dan peluang transaksi B2B, G2C, P2P sebanyak USD185 trilion global perbelanjaan transaksi. Kerana sifat perniagaan Visa yang memberi pendapatan berulang (recurring income), ia sudah tentu menjadi karekter syarikat yang akan berada dalam ekonomi untuk tempoh lama.

 

Visa disenaraikan di pasaran saham tahun 2008 pada harga USD44. Sekarang Visa berharga USD197. Sudah tentu Visa terdedah kepada pelbagai risiko dalam perniagaan dan kondisi ekonomi.

 

Baru-baru ini, ketika musim covid memuncak, Saham Visa telah jatuh dari USD213 kepada USD135 dalam tempoh satu bulan (-50%). Ketika subprime crisis pun, Visa juga terjejas. Visa kena secara konsisten untuk melakukan pelaburan dalam R&D, infrastruktur, pemasaran supaya terkehadapan dalam sektor ini.
visa
Key growth Financial Ratio:
Capital Appreciation since IPO: 1,752%
Sales growth 5 years average: 12%
Return on Equity 5 years average: 28%
Debt to equity: 50%

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.