fbpx

Yamaha: Dari Muzik Kepada Y15

0 171

Sebut sahaja RXZ, 125Z dan Y15, pasti kita semua tahu ketiga-tiga jentera ini merupakan motorsikal yang dikeluarkan oleh Yamaha. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa tiga motorsikal itu menjadi king atas jalan raya mengalahkan motorsikal berkuasa besar.

Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya Yamaha bukanlah bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual motorsikal. Kalau ada pergi ke beberapa pasar raya besar, mesti akan terlihat sebuah kedai berlogokan Yamaha tetapi menjual instrumen muzik. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tahu dan juga ada yang tak tahu. Kenapa boleh jadi begitu pula?

Advertisement

Semuanya bermula apabila Torakusu Yamaha mengambil keputusan untuk membaiki alat muzik di sebuah sekolah rendah. Masalah mula timbul kerana Torakusu Yamaha langsung tidak memiliki ilmu untuk memperbaiki sebarangan alatan muzik. Namun begitu, Torakusu Yamaha sebelum ini merupakan seorang juruteknik yang membaiki peralatan perubatan.

Jadi Torakusu Yamaha masih miliki asas untuk membaiki barangan rosak secara asasnya. Pihak sekolah yang melihat kemampuan Torakusu Yamaha terus meminta beliau membaiki alatan muzik biarpun di luar bidangnya. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sukar untuk mendapatkan juruteknik yang berprestij berikutan terletak di kawasan pedalaman.

Dengan semangat yang membara, Torakusu Yamaha mengambil tugas daripada pihak sekolah. Permulaanya, Torakusu Yamaha berasa sedikit sukar untuk membaiki alatan muzik itu.  Berbekal iltizam dan keyakinan memuncak, Torakusu Yamaha sanggup mempelajar segala hal mengenai muzik agar alatan itu dapat segera dibaiki. Dalam masa 4 bulan sahaja, Torakusu Yamaha berjaya menguasai ilmu muzik lantas membaiki alatan tersebut.

Selapas kejayaan itu, Torakusu Yamaha telah menghasilkan alatan muziknya tersendiri di bawah syarikat Nippon Gakki yang ditubuhkannya pada tahun 1887.

13 tahun selepas itu Nippon Gakki mencipta banyak kejayaan melalui penghasilan upright piano dan grand piano yang pertama di Jepun.

Berikutan kejayaan tersebut, syarikat Nippon Gakki mula diterima oleh seluruh Jepun dan sudah berkira-kira untuk melebarkan sayapnya keluar negara. Sayangnya ketika itu, Perang Dunia Kedua melanda yang menjadikan Jepun sebagai antara watak utama. Nippon Gakki pula terpaksa mengubah model perniagaan mereka kepada penghasilan peralatan ketenteraan bagi membantu tentera imperial Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Tamat sahaja Perang Dunia Kedua, Nippon Gakki telah menubuhkan syarikat Yamaha Motor Company yang memfokuskan jualan kepada peralatan permotoran. Bermula sejak itu Yamaha lebih dikenali sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan motorsikal terutama di kawasan Asia Tenggara. Sebut sahaja nama motorsikal daripada Yamaha, pasti kita semua mengenalinya. Bermula dari Yamaha Sport sehingga ke Y15, semuanya adalah maharaja di atas lebuhraya.

Apa-apapun bagi mereka yang aktif dalam bidang dan industri muzik, Yamaha tetap menjadi nama besar menyumbang kepada peralatan muzik berkualiti.

Rujukan;

Company Man. (2018, Mei 13). Yamaha – Success in two (very different) industries. [Fail video]. Dipetik daripada https://www.youtube.com/watch?v=OTco_4S67-U

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.