fbpx

YaPEIM Lancar Akaun SERY, Simpanan Emas Masa Depan

Akaun SERY merupakan satu bentuk simpanan emas yang boleh dibeli secara digital melalui Platform DiY

0 430

KUALA LUMPUR, 01 APRIL 2021 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) menerusi Koperasi YaPEIM Berhad mencipta satu lagi sejarah baharu apabila memperkenalkan produk Akaun Emas YaPEIM atau singkatannya Akaun SERY yang bertujuan mendidik masyarakat berkenaan simpanan emas sebagai aset yang kukuh di masa hadapan secara patuh Shariah sekaligus meningkatkan pendapatan dan menyokong pengembangan perniagaan emas YaPEIM dan aspek pendigitalan.

YaPEIM turut meletakkan sasaran RM8.5 juta yang akan diperolehi bagi produk Akaun SERY untuk tahun pertama ini. Akaun SERY merupakan satu bentuk simpanan emas yang boleh dibeli secara digital melalui Platform [email protected] (Digital YaPEIM) dan boleh juga ditukar kepada emas fizikal bagi emas yang dibeli secara digital dengan caj yang berpatutan.

Advertisement

Dalam tempoh terdekat ini pelanggan juga boleh menyimpan emas mereka secara fizikal di seluruh 212 cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara. Pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menjual emas tersebut secara beperingkat atau tidak menjualnya untuk tempoh 24 bulan dengan harga caj yang sangat berpatutan.

Akaun SERY yang diperkenalkan ini adalah simpanan emas yang pertama di negara ini di mana transaksi jual beli emas daripada serendah RM5 serta boleh dipantau secara dalam talian. Akaun ini juga merupakan satu inovasi produk hybrid dalam industri simpanan emas mengetengahkan konsep tunai dan emas di mana ia turut
menggunakan kaedah pendigitalan (Digitalisation) melalui platform dalam talian iaitu
Digital YaPEIM ([email protected]) yang diguna pakai dalam menjalankan transaksi sekali gus akan
menarik lebih ramai masyarakat luar untuk membuka Akaun SERY.

Pembelian emas menerusi Akaun SERY ini boleh dibuat melalui Perbankan Atas Talian menerusi FPX yang disediakan oleh Platform YaPEIMPay dengan kerjasama rakan strategik perbankan kami.Dalam masa sama pelanggan akaun ini juga boleh memantau Akaun emas mereka pada bila-bila masa melalui aplikasi web dan mudah alih, selain boleh membeli emas pada bila-bila masa di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan.

Aplikasi [email protected] boleh dimuat turun melalui App Store bagi pengguna platform iOS, Play Store bagi pengguna platform Android dan App Gallery bagi pengguna platform Harmony OS. Sejajar dalam usaha untuk mempromosi serta menyebarluaskan kewujudan Akaun SERY kepada masyarakat, pihak YaPEIM telah merangka strategi apabila memperkenalkan pendekatan Usahawan Emas.

Inisiatif Usahawan Emas ini juga bukan sahaja terletak pada platform Akaun SERY malah turut terpakai kepada platform YaPEIM Gold dan juga produk-produk yang akan lain yang akan diketengahkan oleh YaPEIM. Bagi menjayakannya pihak YaPEIM baru-baru ini telah menganjurkan beberapa siri seminar Inspirasi Emas YaPEIM yang disertai oleh bakal dan Usahawan Emas secara fizikal dan webinar bermula 10 dan 11 Mac yang bertujuan menarik lebih ramai masyarakat di luar sana untuk membuat pendapatan sampingan dengan Usahawan Emas serta memberi lebih kefahaman dan galakan kepada mereka.

Inisiatif ini mempunyai matlamat melahirkan usahawan-usahawan baru untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang secara tidak langsung membuka ruang bagi mendapatkan pendapatan. Dalam masa sama YaPEIM Gold yang juga institusi milik penuh YaPEIM turut memperkenalkan inisiatif kad syiling emas 0.25gram Qaseh Raya YaPEIM pada majlis pelancaran yang cukup bermakna hari ini.

Kad Syiling yang dijual pada harga RM100 itu hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad iaitu sebanyak 1000 keping di mana ia boleh didapati oleh pengumpul koleksi emas bermula pada hari ini (1April 2021).

Mereka yang berminat boleh membeli di premis YaPEIM Gold di Kompleks Beli Belah
NU Sentral, YaPEIM Gold Akses di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM, Bandar Tun Razak dan
menerusi platform Digital YaPEIM ([email protected]) iaitu platform dalam talian milik YaPEIM.

Tidak ketinggalan, dalam majlis ini juga YaPEIM turut mengambil peluang melancarkan Projek Crowdfunding Qaseh Ramadan yang merupakan projek pengumpulan dana secara digital bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Projek Crowdfunding Qaseh Ramadan ini akan menaja Iftar Ramadan kepada 10,000 penerima bantuan melalui sumbangan orang ramai daripada  serendah RM10. Sumbangan boleh dibuat melalui transaksi bank. Program Iftar Ramadan ini juga merupakan salah satu bentuk fardhu kifayah bagi membantu golongan yang memerlukan semasa menjalani ibadah puasa, ia juga bakal menjadi platform yang kondusif kepada penderma-penderma yang budiman untuk berinfaq. YaPEIM mengambil berat berhubung situasi semasa yang dihadapi masyarakat ketika ini terutama dalam mendepani pandamik COVID-19 serta tempoh perintah kawalan
pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan yang mana telah memberikan implikasi
yang cukup besar kepada aspek sosial sejumlah rakyat di Malaysia.

Bertitik tolak kepada situasi tersebut menjadi keperluan untuk Yayasan ini bersama-samamembantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan melalui
perlaksanaan Program Iftar menerusi Projek Crowdfunding Qaseh Ramadan.
Sumbangan boleh disalurkan bermula hari ini sehingga 12 Mei 2021. Pelancaran Akaun SERY pada hari ini turut mencipta sejarah apabila ia turut disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyatakan keyakinan bahawa Akaun SERY mampu menarik minat masyarakat untuk menyimpan emas selain menjadikan ia satu bentuk simpanan jangka panjang.

Majlis pelancaran di Hotel Seri Pacific, di sini, turut dibuka kepada umum di mana banyak gerai pempamer boleh dilawati orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk dan skim yang ditawarkan pihak YaPEIM melalui institusi milik penuh dan di bawah kawalannya.

Majlis pelancaran turut hadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Dato Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan, dan barisan pengurusan YaPEIM.

You might also like